Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya

Salam tuk semua... mesti seronok nak raya kan, di Jeddah KSA malam nanti akan diumumkan munkin raya besok tapi sepi jer kat sini tak terasa seperti nak raya pun. Kalo nak dibandingkan beraya di Malaysia jauh betul beza nyer. Di kampung mesti tengah riuh rendah sibuk buat persiapan. Lemang n rendang makanan wajib,mesti sibuk nak bakar lemang, tahun ni telan air liur jer la nampak nyer. Tolong suruh Iman belajar masak lemang tu !!!!
Malam nanti standby kalo kena callup terpaksa la kerja kalo tak besok bole la raya gan budak2 Msian, buat kat satu rumah nanti semua yg tak keje bawak makanan masing2 beraya sama2. Saya nak buat roti jala saja, ada yg nak masak rendang ,kuah kacang n lontong dan ada yg buatkan kari roti jala. Tengok2 penuh jer meja tu.Ya Allah jgn la kena callup.
Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada ibu saya ,adik beradik seluruh kaum keluarga teristimewa anak saya Iman yg terpaksa beraya tanpa ibu dan ayah tu kesian dia...tak lupa jugak teman2 dan kenalan semua, makan kuih n lemang tu jangan lupa org kat Jeddah ya,
Gambar nanti saya akan post kan baru nak belajar hahaha maklum la org pandai .....